Di Setiap gambar ada lagunya begitulah promosi syarikat CANON Malaysia yang menggunakan Yuna sebagai dutanya.
Walau bagaimanapun jika lihat Billboard berikut semacam ada yang tidak kena.
Apa tidaknya gambar Yuna potong kepala. Iklan ini didapati di Jalan Tuaran Inanam-Jalan Lintas Kota Kinabalu Sabah.
Gambar separuh badan adalah perkara biasa tetapi gambar tidak berkepala adalah sesuatu yang menghina dan tidak menghormati mannusia yang masih lagi hidup. Bagaimana jika CEO CANON Marketing atau General Managernya diperlakukan seperti dalam iklan itu?
Rasanya belum ada iklan yang seteruk ini pernah saya lihat, apa lagi iklan itu mempromosikan produk daripada syarikat gergasi seperti CANON.
Ini lah contoh syarikat yang mengaku 'gergasi' tetapi tidak menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata serta memanipulasi model iklan (dlm kes ini Yuna sebagai artis rakaman)
CANON Malaysia Menghina Yuna-Tak Kenang Budi
Apakah alasan CANON Malaysia dalam hal ini? Mungkinkah billboard itu tak cukup besar? Kenapa ia diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)?
Ini lah contoh syarikat besar yang tidak bertanggungjawab, hanya pikir untung saja.
Apakah pandangan anda terhadap iklan ini? Adakah orang itu sudah mati? Adakah iklan ini milik extremis yang suka memengal kepala dan menayangkannya kepada umum?
Ada sesiapa peminat Yuna disini? Atau adakah Yuna tahu akan hal gambarnya diperbodohkan sebegini?
Pikir-pikirkan...sendiri
p/s: Tolong sharekan atau tweet agar syarikat ini buka mata dan Yuna sedar akan perkara ini.




Sunday, April 15, 2012













3 comments:
kepala yuna tak berharga.. dah tak top kot..hehe
Tadi pagi 16/04/2012 baru lalu sini, masa kamu ambil gambar ni belum siap lagi tu, pagi tadi suda siap.. ada kepala :)
baru sedar tu
Post a Comment
Komen apa saja, tingalkan jejak anda :) samada melalui akaun google atau Facebook comments.
**Kalau boleh gunakan nama samaran cht john doe,babun,joyah... letih pulak nak jawab Anonymous ni! :)**
***link promotion semata-mata akan dibuang,klu nak advertise kami ada sediakan-harap membantu