Easy RHB personal loan

Easy RHB daripada RHB Bank Berhad menawarkan pinjaman peribadi easy RHB.
Sebenarnya terdapat beberapa lagi skim Easy Rhb ini seperti Easy Kad Kredit/Debit, Easy Insuran, Easy Saving dan Easy Pelaburan ASB.

Berikut adalah beberapa tips untuk anda membuat pinjaman atau urusniaga .

Ketahui 10 hadiah mingguan RHB ..jom klik

Easy Personal Loan

  • Pastikan tujuan pinjaman itu adalah jelas misalnya untuk kecemasan, perkahwinan atau menyambung pelajaran.
  • Faktor yang dinilai sebelum membuat pinjaman-Kemampuan membayar balik pinjaman, kewangan semasa, aset yang ada serta tanggungan/liabiliti.
  • Sebelum meminjam buat kajian tentang jenis pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen, misalnya kadar faedah, temoh bayaran balik, fleksibiliti pakej dan lain-lain.
  • Jauhi peminjam yang tidak berlesen atau tidak kukuh latarbelakang
  • Anda sebagai peminjam bertanggungjawab atas pembayaran yang dipersetujui mengikut jumlah dan masa yang ditetapkan.
  • Kegagalan membayar balik-anda akan disenaraihtamkan.
Beriukt adalah ansuran pinjaman peribadi.
    Easy RHB personal loan,personal loan,bank rakyat personal loan,cimb personal loan,pinjaman kecemasan
    Pinjaman Peribadi Easy RHB Bank


    Kad Kredit/Debit
    Perbezaan antara kad debit dan kredit. Jika diukur dari segi masa kad kredit telah digunakan sekian lama. Secara amnya kredit bererti hutang.

    Easy Kad Debit RHB Visa
    • Baki dalam akaun anda akan berkurangan sebaik anda menggunakannya sebagai pembayaran. Ini samalah dengan anda mengeluarkan wang dari ATM atau Buku dan menggunakannya ntuk pembelian.
    • Kebaikan urusniaga pembelian atau pembayaran tanpa tunai. Ia selamat,mudah dan anda boleh mengawal perbelanjaan. Sekiranya anda dirompak atau diragut anda tidak kehilangan apa-apa melainkan kad debit yang 'tidak berguna' (bandingkan dengan tunai) kepada penjenayah
    • Cukai dan faedah tidak dikenakan.
    Easy Kad Debit
    Kad Debit Easy Rhb

    Nota: Kad ini sah dan laku di kebanyakan shopping,restoran, etc...

    Easy Kad Kredit Rhb Bank
    • Boleh berbelanja lebih daripada jumlah wang yang ada dalam akaun
    • Merupakan urusniaga berhutang
    • Perlu membayar kad kredit mengikut masa yang ditetapkan
    • Mudah dibawa dan selamat
    • Laku dan sah secara meluas
    Easy Insuran Kasih
    • Secara amnya sama seperti insuran yang lain
    • Ketahui polisi dan dapatkan maklumat selengkap-lengkapnya tentang jenis perlindungan (coverage), bayaran dan faedah yang dikenakan.
    • Insuran kemalangan-Kemalangan berlaku tanpa diduga. Kecacatan,kecederaan kekal dan kurang upaya dapat diringankan beban melalui premium yang dibeli.
    • Insuran Perubatan-Bil perubatan klinik swasta dan hospital semakin meningkat. Insuran boleh meringankan beban keawngan anda.
    • Anda sebagai pemegang/penama insuran perlu memberitahu keluarga terdekat mengenai polisi insuran anda agar,mudah bagi mereka berurusan sekiranya berlaku apa-apa.
    • Beli polisi mengikut kemampuan kewangan.
    Easy Insuran Kasih
    Easy Insuran Kasih RHB Bank


    Easy Simpanan Mesra

    Simpanan adalah pelaburan jangka pendek melalui buku akaun dengan kadar faedah yang rendah.
    • Keadaan luar jangka seperti kereta rosak,anak sakit,melancong atau memulakan perniagaan kecil-kecilan.
    • Sangat penting untuk dibincangkan dengan pasangan mengenai bentuk simpanan terbaik.
    • Seperti juga lain-lain skim, disiplin diri adalah penting bagi menguruskan simpanan. Tidak terlalu kedekut dan tak gelojoh.
    • Tidak perlu tunggu sehingga berumahtangga baru terkial-kial nak menabung.
    Easy Asb

    Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah saham amanah yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. Risikonya paling rendah.
    • Kepentingan melabur adalah untuk perancangan masa hadapan. cth membeli rumah, perniagaan,persekolahan dsb.
    • Pelaburan dalam ASB adalah sesuai kerana ia merupakan pelaburan jangka pendek dan panjang dengan dividen tahunan yang lumayan dan dijamin kerajaan.
    • Syarat-syarat utama ASB:
      •  Bumiputera
      • Akaun dewasa 18 tahun keatas
      • Akaun remaja 12 hingga 18 tahun
      • Untuk pinjaman Easy ASB-hanya untuk akaun dewasa sahaja.
    • sebelum membuat pilihan muktamad seperti biasa pastikan memilih plan yang betul, kaji prestasi kewangan anda,bayar mengikut jadual (kelewatan akan didenda).
    Easy Rhb
    Bayaran Ansuran Easy ASB
     Last but not least Easy RHB slogan a.k.a ayat-ayat marketing:
    SloganUlasan tanakwagu
    a. Tidak perlu isi borangBetul
    b. Hanya bawa MyKadBetul
    c. Kelulusan serta-mertaTak Betul

    Ulasan lain.
    Perkataan Easy (senang,mudah) yang digunakan oleh RHB Bank tak lah serupa bikin. Kelulusan seperti yang dinyatakan 'Serta-merta' boleh dipertikaikan kerana ia perlu dibawa ke peringkat atasan utk kelulusan. menurut pengalaman penulis kelulusan hanya diperolehi setelah seminggu berlalu.

    disamping itu kelemahan prasarana seperti tidak dapat aksess, server hang, kasi refresh dan sebagainya perlu lah diatasi kerana pengalaman penulis menunggu kira-kira 1 jam untuk 'transfer' pinjaman yang telah lulus ke akaun RHB.

    juga pihak RHB tidak memaklumkan kepada pemohon sekiranya permohonan pinjaman mereka ditolak/gagal dan ini menyebabkan pemohon sendiri datang ke kaunter untuk bertanya status permohonan mereka.

    contoh sebenar komputer pemproses di kaunter easy rhb
    komputer easy: input my kad, tanda tangan digital, kalkulator

    terima kasih easy rhb-aku dapat duit dan gelas sekali sebagai cenderahati :)

    artikel terdahulu Easy RHB

    *Update*
    Contoh Penyata Akaun Pinjaman Express Easy RHB

    Comments

    Facebook Comments

    74 comments:

    tipskerjaya said...

    easy rhb ni di sediakan untuk penjawat awam sahaja atau sesemua termasuk yang bekerja sendri

    Tanakwagu said...

    awam atau swasta layak pohon, yg penting ada slip gaji.

    berkerja sendiri kena runding sendiri dengan RHB. jangan bimbang semuanya boleh dirunding asalkan mereka yakin anda mampu membayar balik pinjaman.
    nota berkaitan baca sini

    semoga berjaya.

    Anonymous said...

    Jadi kalau kita dah apply, mau tunggu diaorang branch yang call atau kita kena inisiatif sendiri pergi tanya kat diaorang punya HQ or diaorang punya branch? staff diaorang bagitau tu ari akan call kalau ada apa2 news. susah jugak ya...

    Tanakwagu said...

    kalau ada potensi lulus,branch akan call. tp klu permohonan ditolak, mereka tidak akan call sampai bila-bila, dlm kes ini kita kena datang sendiri atau hubungi mereka.
    atas perkiraan sendiri jika kita tidak dihubungi dlm empoh yg lama,kita harus faham bahawa permohonan kita ditolak

    Anonymous said...

    Oh. Tq. kalau begitu masih ada harapan lagi sehingga selasa depan. *masih menunggu*

    Anonymous said...

    Seminggu lepas application, diaorang pos surat minta surat rujukan majikan. Awal minggu ni baru hantar bagi diaorang. Menurut bank tersebut, dia akan hubungi dalam masa yang terdekat. Lama ka nak menunggu ni? Dah hampir dua minggu dari tarikh. Sekarang diaorang bagitau sudah sampai final stage dah, cuma perlu tunggu call dari diaorang... ~_~ tak sangka lama juga kalau mau process sehingga complete jika dibandingkan dengan AEON credit yg apply hari ini, besok dia call, lusa bagi jawapan terus sama ada nak atau tak. but AEON credit tinggi interest 18% per annum =_='''

    Anonymous said...

    klau dduk pahang nk brhbung dgn easy mcm mne??

    Tanakwagu said...

    Anonymous 2:9am
    Tips: kebelakangan ini rhb bank ada membuka mini office mereka di gedung2 pasaraya terkenal, misalnya d sabah ini ada dekat Giant

    Anonymous said...

    nk buat prsonal loan untuk kawin syarat-syarat mcm mne?..klau gji 1200.00,tapi xada tlak epf dgn perkeso lg..lpaz 3 blan keje naik gji 1500.00 bru tlak epf dgn perkeso..saya da keje nk msuk 2 blan..mcm mne bleh xnk mohon prsonal loan,nk pnjam 4 rbu je..

    Tanakwagu said...

    anonymous 5:12
    klu x EPF n Perkeso x apa. yg penting ada slip gaji.
    klu anda x bayaran lain misalnya rumah,kereta will be ok.
    rm4000 blh dapat tu.
    good luck

    Anonymous said...

    thank..

    Anonymous said...

    tumpang tanye..kalo keje gomen senang ke dpt loan easy rhb ni?sebelum ni penah wat loan ngan bank rakyat,pastu bayar duit keta bulan2 sume tu diorang akan amik kire kan?easy rhb ni akan wat potongan melalui slip gaji tak?kalo nak pinjam setakat RM4K-RM5K tu berbaloi tak agaknye?tq

    Anonymous said...

    tumpang tanye..kalo keje gomen senang ke dpt loan easy rhb ni?sebelum ni penah wat loan ngan bank rakyat,pastu bayar duit keta bulan2 sume tu diorang akan amik kire kan?easy rhb ni akan wat potongan melalui slip gaji tak?kalo nak pinjam setakat RM4K-RM5K tu berbaloi tak agaknye?tq

    Anonymous said...

    tumpang tanye..kalo keje gomen senang ke dpt loan easy rhb ni?sebelum ni penah wat loan ngan bank rakyat,pastu bayar duit keta bulan2 sume tu diorang akan amik kire kan?easy rhb ni akan wat potongan melalui slip gaji tak?kalo nak pinjam setakat RM4K-RM5K tu berbaloi tak agaknye?tq

    Tanakwagu said...

    Anonymous:5:58am
    -loan bank rakyat dah habis belum?
    -ansuran kereta berapa?
    -baki gaji berapa?

    sekiranya lulus anda perlu bayar secara manual
    atau baki dlm akaun simpanan Rhb bank anda
    akan dipotong secara automatik
    (selagi baki masih cukup cth rm200 sebulan)

    Anonymous said...

    loan bank rakyat baru je buat tahun lepas,angkasa da potong dlm slip gaji RM 340++ sebulan..
    Ansuran kereta ngan maybank dlm RM560
    baki gaji dlm RM 1600..

    Kalo lulus loan tu,memang kene bukak a/c rhb la ye?

    Tanakwagu said...

    -ya kena buka akaun RHB
    -aku yakin ko dpt loan tu

    Anonymous said...

    wah..takkan semudah itu depa nak bg loan tu?

    adeq said...

    kalu nak wat personal loan untuk kawen dgn gaji kasar dlm rm1600 n sblm ni blum pernah wat loan pape agak2 blh x dpt loan 2 serta merta dlm 2 or 3 bln cm2?

    Tanakwagu said...

    @adeq kena tengok berapa gaji yg tinggal selepas tolak ini tolak itu
    -seminggu dua boleh tahu result

    Anonymous said...

    klu i nk buat,,gaji kasar rm1774 then tolak loan bsn 900 angkasa 122..baki tggal half je.. 850.. Da tolak lebih 50% drpd gaji.. Agak2 blh buat x? Next month baru angkasa tu ilang dr slip gaji..so baki dpt dlm 9o0 lebey..half drp gaji la..x melebihi 50% so,agak2 blh buat x? I nk buat next month tkt x smpot coz i nk gune wat kawen..

    nad said...

    Kalo ade blacklist aeon..boleh try x?

    Anonymous said...

    saya saja2 try pegi tanye easy rhb.. mula nk mintak loan rm8000...isi form sume.. lulus 6000 saja.. trus dapat duit dlm masa kurang 1jam je saya ddk kt rhb tu... hahahha.. dia masuk trus dlm akaun.. tolak insurans rm200...sgt cepat dan mudah.. thanks easy.. xperlu tunggu smp seminggu pun.. sejam je saya tunggu..

    Anonymous said...

    suami sy wat loan rhb senang jekk dlm beberapa minit dah dapat duit..hehee (rhb easy kuantan)

    Tanakwagu said...

    @nad lu ada blacklist kat mana2 bank memang x dapat. rhb akan dapat kesan(agaknya mereka guna perkhidmatan CTOS)

    ya said...

    Kalau gaji 1.5k,xada utang keta atau rumah,
    nak buat loan utk kawin,nak buat dlm 15k,blh dpt x?

    Anonymous said...

    kalau ada loan kereta.. tapi biasa bayar lambat dalam 2,3 hari, agak2 senang x dapat loan rhb ni?

    Anonymous said...

    saya nak tahu sgt,smada sya layak tak buat loan ni kalau gaji tak sampai pun rm1000.. saya tak ada nak bayar apa2 jga..blehkah tu? layak kah?

    Anonymous said...

    gaji kasar dalam rm1000.... ade wat loan dgn CIMB, payment selalu buat setiap bulan (rm147)... rase2 leh x wat loan dgn rhb plak..... reason: nk byr hutang.....

    Talk said...

    Tumpang tanye...
    klu mcm sa ni kn...ada buat loan PTPTN, layak tak buat pinjaman easy asb ni??? coz loan PTPTN tu blm hbs byr lg.

    tanak wagu nak tahu said...

    saya nak tahu..jika gaji sya hanya dalam rm750 sebulan adakah layak untuk memohon dgn easy rhb dlm rm5000 keatas
    tapi jika nak byr semula pd pihak rhb x masalah..

    Tanakwagu said...

    @Anonymous jan 5,5:54
    no problem boleh lulus punya

    @Anonymous jan 16,6:43
    gaji rm1000,tiada hutang lain boleh dapat

    @Anonymous jan 25, 8:56
    susah nak lulus,kecuali anda pandai meyakinkan mereka

    @Talk klu PTPTN atau MARA no problem punya, sebab pinjaman ni boleh 'excuse' klu x duit nak bayar

    @tanak wagu nak tahu
    boleh saja

    Anonymous said...

    Sy pena tnye easy loan rhb . Basic 1400 ,campur seme2 2k . Tapi, epf tolak kat basic je. Kerani tu ckp tak lepas wat loan easy rhb neh . Kenape ye ? Sy just ade loan dgn aeon je . Tu pon , hnye 250 sbln . Ade carw lain tok sy wat loan rhb tak ?

    Anonymous said...

    umur sye cukup buln 10 thun ni 21..sekira nye saye
    mohon awal..boleh lulus ke??

    Tanakwagu said...

    Anonymous 3:29
    umur bukan syaratnya,yg ptg ada slip gaji n x hutang lain

    Anonymous said...

    SALAM...SYA INGIN MEMBUAT PINJAMAN RHB EASY NI...SOALAN SYA,LAYAK KAH UNTUK ORANG OKU MEMOHON PINJAMAN INI??
    TAK ADA SLIPGJI KERANA TIDAK MEMPUNYAI PEKERJAAN YG TETAP,SUDAH BRKAHWIN...TETAPI,PASANGAN NYA ADA MEMBUAT PRNIAGAAN KECIL-KECILAN SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN...ADAKAH LAYAK UNTUK MEMOHON???TQ

    Anonymous said...

    salam...soalan sya..layak kah perempuan ic surirumah memohon pinjaman rhb easy ni??tak ada slipgaji..

    Anonymous said...

    BUKAN KE NK WT PINJMAN EASY RHB UMUR SEKURG2 NYE 21..TP MSALAH NYE UMUR SYE BULN 10 NI BRU CUKUP 21..MESTI KENA TGGU SAMPAI BULAN 10 JUGK KE???X BLEH LEBIH AWL??

    intan said...

    salam...saya nak tanya, saya dah try wat loan dkt rhb..and kat sistem approve 10k sbb sy x de htg lain kecuali krt....cuma x lama lps tu dia minta pula statement socso....huh...agak2 lulus ke tak yer....

    Tanakwagu said...

    @intan socso tu agak pelik seket, biasanya KWSP yg diminta.

    Anonymous said...

    saya dah pernah try buat easy rhb..tapi ditolak..sebab masa tu saya bekerja tapi xde slip gaji..sekarang saya dah bekerja dengan company lain dan ada slip gaji..saya masih lagi ada loan Aeon utk motor..agak2 kalau try lg skali leh lulus x?nk pinjam buat kawin..

    boy87 said...

    bekas banduan leh x buat easy rhb ni?

    Tanakwagu said...

    OKU dan bekas banduan tak pasti pula sebab x diletakkan dalam syarat, namun boleh bertanya kepada cawangan atau ruang pameran (biasanya pasaraya besar) RHB yang terdekat.

    sekian,terima kasih

    Anonymous said...

    hi sy nak tnye kalo gaji basic 800 n commision 1000, agak2 leh dpt x loan ni?
    jd kne bg slip gaji, bank statemnt,ic potostat je lah yer...

    MARIO said...

    HELO.. jika nama saye blacklisted dari cimb bank disebabkan loan kereta tidak dibayar, bolehkah saya mohon rhb easy.? saye keje sebagai guru sekolah rendah.. sebab tk bayar kete, kawan yg gune..nama saye plak kene...

    Tanakwagu said...

    @Anonymous 9:16
    bro biasanya komisyen pihak bank tak pandang sangat,yg penting basic salary,aku rasa basic rm800 tu kira ok

    @MARIO
    blacklist ni susah seket nak lulus kecuali u pandai nego ngan pihak bank(staff). kesihan jadi mangsa ye,byk perkara mcm ni terjadi

    Anonymous said...

    Nak tanya, kalau kita dah penah buat loan RHB and belum habis bayar lagi, boleh ke nak buat loan lagi dgn RHB? So far, bayaran bulan2 x penah miss, gaji kasar bulan2 lebih rm3k.

    Anonymous said...

    Baru2 ni sy telah memohon easyloan nih, untuk pnjaman prkhwinan.. Gji brsih bulanan,termasuk gji pokok didlm linkungan RM2+++, & jmlah ksluruhan pnjaman yg tlah dipohon adalah sbanyak RM10k. Bkerja dlm sktor swasta,cmpany yg agak besar serta kukuh brtmpat di Penang. Tiada juga sbrang hutang2 loan, aset, mhupun mna2 bank.tempoh sy telah bkerja dlm linkungan 1thn. Result SMS yg tlah ditrima dr pihak RHB : Tidak lulus untuk pnjaman trsebut. Jadi adakh trdpt sbrang msalah jika sy terus pergi & cuba memohon sekali lagi dgn pihak bank dgn jumlah yg kurang dr prmhonan asal sy sbelum nih?? iaitu rm10k kebwah? Really need ur opinion or tips a.s.a.p.. Thanx!

    Tanakwagu said...

    @Anonymous 4:01pm
    ada baiknya habiskan dulu loan lama otherwise apply guna nama pasangan(sekiranya berkahwin)

    @Anonymous 11:16am
    Boleh cuba sekali lagi, lbh baik berjumpa terus dengan staf face-to-face. klu dikurangkan ada harapan utk lulus

    salah satu tips utk lulus(pasti) easy loan rhb ini adalah pernah lulus loan ASB dengan mereka

    klu x lulus juga apa kata guna nama pasangan anda atau gabungkan slip gaji

    Cutehazel89 said...

    klau pinjam tuk beli rumah bleh x?? haha..

    Tanakwagu said...
    This comment has been removed by the author.
    Tanakwagu said...

    Cutehazel89
    boleh saja, namanya pun pinjaman peribadi,so terpulang nak buat apa bila dapat.
    p/s: aku tahu mesti ko nak beli DSLR ni kan he..he

    joyah said...

    saya brumur 19..dan mmpunyai pendapatan 1800 sblan..sy ingin mmbuat pibnjamn sbyk 6k utk klhiran ank yg ke2..dan utk mmbyr dposit rumah..agak blh lulus x??sy prlukan dlm msa trdkat..

    Anonymous said...

    hai, sy de try nk buat loan kt easy rhb tp xlpas sbb dia ckap gaji kna 1500 ke atas, basic sy bru 1200. mcm ne korg yg yg basic 800 dh bleh dpt?

    Anonymous said...

    Tanakwagu, sy mau tnya.. gaji bersih sy rm1650 lps tolak epf pa semua. xda apa2 hutang. agak2 lepas tak nk wat pnjaman 15k?

    Anonymous said...

    salam saya nk tnya lau nk wat pinjaman peribadi di easy rhb bank yg brdsarkn duit simpanan kwsp kita sendiri..boleh x untuk blacklist bnk cimb memohon..boleh anta msj pada saya di e mail saya dinginlavendajanah@yahoo.com

    Tanakwagu said...

    @joyah - boleh
    Anonymous basic gaji rm1200 sepatutnya boleh dapat,tp janganlah banyak sangat nak pinjam

    Anonymous
    15k shouldn't be a problem

    Anonymous 5:41pm
    Setahu saya jika ada blacklist mana2 institusi kewangan,secara automatik kena rejek

    Anonymous said...

    saya dh apply easy rhb,ejen tu ckp lulus..kena tunggu keputusan dr head ofis KL lulus atau tak?boleh ke mcm tu.mslah sy skrg ni gaji sy yg dpt tak sama mcm dlm slip gaji.sebab sebhagin gaji sy amik by-hand..mcmane ek?statement bank dok sama ngan slip gaji..kemungkinan leh dapat duit tak?

    Anonymous said...

    Salam sy nk tya..
    baru2 ni sy ada mohon rhb easy..
    nk buat 15k...basic 1400 n lau cmpur Ot ngn elaun 1800 lebih, tp x lepas...ntah la knp..
    katakanlah sy nk mohon lg sekali boleh ke x..
    tp kat cwangan lain la...ada mmber ckap utk buat 2nd time
    kne tgu 6 bulan...betul ke...

    One said...

    Assalammualaikum..nak bertanya...gaji pokok saya 1450 dan gaji kasar saya dalam 1600...rasa2
    Boleh tak saya pinjam untuk loan 3000 sahaja...saya tiada hutang dgn mana2 bank...rasa2 lepas tak? Hehe terima kasih

    PinkyBaby said...

    salam...sy nak tanya, kalau basic saya 1100.00, gaji setiap bulan masuk rhb bank, ada potong kwsp every month, saya ada loan kereta kat ambank. sy juz nk wt loan 4000.00 je..agak2 lepas x...pls..

    Tanakwagu said...

    @anonymous 22 march
    mestila rujuk kat slip gaji sebab tu statement yg official punya. klu dah kata lulus maknanya ada harapan la tu

    @one
    boleh

    @PinkBaby
    ok tu

    PinkyBaby said...

    en.tanakwagu, ape yg ok? u rase i lepas ke nak wt loan tu?sbb kn minima gaji tulis 1500.00..

    Tanakwagu said...

    @PinkBaby
    gaji aku pn lebih kurang, pastu ada loan kereta, lulus juga

    PinkyBaby said...

    owh..ok thanx.. wish me luck :)

    alin1711 said...

    salam..nk tanya.. gaji sy basic 1450.00. elaun tetap 110.00. campur ot every month bersih bleh dpt 2500.00.. agak2 kalu nk buat loan 8k lepas x?

    eisya said...

    Sy pnah jgak tnye sal easy rhb ni.dieorg ckp bacis mesti 1500.btl ke?gji sy bersih 1500.blh x?blh x email sy filzahmustafa@gmail.com.tq

    lea said...

    saya nak tahu,smada sya layak tak buat loan easy rhb ni kalau gaji kasar tak sampai pun rm1000.. tapi saya tak ada nak bayar apa2 jga..blehkah tu? layak kah?

    Pak din said...

    Hi,sy pemandu teksi,
    gaji kasar rm2,500..sy xda slip gaji..tp hy duit masuk dlm bank statement je...agak2 bleh lulus x??

    Anonymous said...

    hi..sy pekerja swasta gaji RM1600
    kalau nk bwt loan dlm rm8,000 dgn easy RHB...
    rasanya blh dpt x?.so far da loan utk kereta saja

    Anonymous said...

    salam..
    nk tanya pendapat korang..sy pekerja swasta
    gaji rm1,600 da epf socso.
    kalau nk bwt loan rhb easy dlm rm8,000
    rasanya blh lulus x.so far da loan kreta dgn bank
    islam...

    Anonymous said...

    Nk tnye, nk pkai duit urgent tp dlm 2k je dan akan dijelaskan semula lepas dpt gj next month. berbaloi x?

    terima kasih.

    Anonymous said...

    aku saja2 check kat kiosk rhb ni
    saja tengok samada nama aku lepas tak loan ni
    so lastly system kata approved!
    than aku apply ler 6k. dia minta aku bank statement
    ni dah tunggu seminggu lom ada call apa2 lagi..

    Anonymous said...

    Hi, Sy Wawa. Sy nk tanya. Sy pekerja swasta. Basic rm2k. Sy pnh ada history tunggakan 3bln kereta ngn Ambank. Tp skg da xda tunggakan da. Kalo ada history mcm 2, bleh lulus x?

    Post a Comment

    Komen apa saja, tingalkan jejak anda :) samada melalui akaun google atau Facebook comments.

    **Kalau boleh gunakan nama samaran cht john doe,babun,joyah... letih pulak nak jawab Anonymous ni! :)**

    ***link promotion semata-mata akan dibuang,klu nak advertise kami ada sediakan-harap membantu

    Print d baju, gelas, dll



    jangan terlepas setiap episod merlin season 4

    Saya seorang pekerja makan gaji
    48% = Depan Komputer
    /online(fb,hmetro,cakap2u,papagomo,forum,...)
    20% = Kopi time/lepak(pagi/petang)
    15% = Tambah nafas(merokok,sembang
    kosong,mengumpat,jumpa 'klien')
    4% = Game ringan(pingpong,dart,karom)
    5% = Buat kerja(semalam)
    5% = Pura-pura sibuk(tungu jam punch card balik)
    3% = Hantar & ambil anak(sekolah,nursery,etc...) = 100%

     
    /*Iklan teks*/ /*iklan teks*/
    Copyright © 2011 Bercakap dan berbagi | Powered by Blogger |Theme modify by EU
    Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes
    Related Posts with Thumbnails Skrol ke Atas